Selasa, 18 September 2012

Surat Ke2 Untuk Dia....

Assalamualaikum…………

Dengan nama Allah Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat abang…
Saat sayang tuliskan surat ini buat abang, betapa hati sayang sentiasa sarat dengan rindu... Rindu yang mendambakan kasih abang pada sayang. Hati sayang penuh dengan cinta abang dan tidak boleh dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasih abang yang sayang miliki, yang menceriakan kehidupan sayang walaupun kadang­kadang sayang tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Abang…..
Ingin sayang katakan pada abang bahawa sayang tidak menduakan kasih abang. sayang tidak menduakan cinta abang kerana hati sayang telah diri abang miliki. Bagaimana sayang boleh mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingabang... Janganlah diri abang sangsi dengan kesetiaan sayang, kerana sayang telah membina benteng yang tinggi agar cinta abang yang sayang miliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwa sayang...

Abang…..
Cinta abang adalah antara yang terutama dalam senarai cinta sayang. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluarga sayang dan ketiga adalah cinta abang. Insyaallah ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun sayang sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian….

Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu sayang tuliskan dalam surat cinta sayang ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya diri abang yang memiliki hati sayang ini. Sayang bahagia begini dan sayang ingin terus begini bersama abang. Sayang bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah sayang berharap.

Abang….
Cinta dan rindu abang adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat diri abang tiada disisi sayang.
Dengan lafaz bismillah..hanya insan yang Mohd Ashri B Hasran yang tetap bertahta dihati sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan