Dengan
nama Tuhan Yang Maha
Pengasih yang masih merahmati hidupku untuk
aku utuskan warkah cinta ini buat kekasih yang aku rindui. Semoga Allah
merahmati
hidupmu dan hidupku serta bahagiakan kita
oleh kerana cintaNYA.
Walau sudah banyak suratsurat yang telah
aku kirimkan
kepadamu, namun sarat rindu yang aku tanggung
ini tetap tidak pernah surut dari hatiku. Bagai habis sudah ikhtiarku
untuk
diterangkan gelora rindu ini. Namun ia tetap
hangat di dada.
Kekasih…
Setiap malam aku merenung ke dada
langit
dan kulihat bintangbintang rindumu
bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu
bukan hanya aku
malah dirimu juga turut merindui, kerana
terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.
Kekasih…
Bahasa
apa yang patut aku bicarakan bagi
mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang
buat menulis lembaran
rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak
akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan
untuk aku,
dirimu dan kisah cinta kita ini. Dan di waktu
itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan.
Kekasih…
Sekiranya
telah tiba saat itu buat kita, aku bermohon
pada Tuhan agar Dia menjemput kita dengan penuh rasa cinta dan rindu di
dada.
Biarlah cinta dan rindu kita ini menjadi
saksi betapa agongnya Pencipta yang telah menganugerahkan bagi kita
suatu rasa yang
tidak hilang oleh masa dan sebabnya juga kita
dicipta.
Kekasih..
Sekiranya selepas ini aku dijemput pergi,
jadikanlah
surat cinta ini sebagai suatu nasihat dan
pesanan buat dirimu menjalani hidup ini. Yang pergi tetap pergi dan yang
hidup mesti
meneruskan hidup ini. Dan saat dirimu baca
kembali suratsurat kirimanku ini, hendaklah dirimu ketahui bahawa cinta
dan
rinduku menjangkaui tanah yang menutupi bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan